Banjir: Bomba Selamatkan Dua Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Rumah

11/08/2024 10:57 PM

MELAKA, 11 Ogos (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan dua lelaki warga Bangladesh yang terperangkap di atas bumbung rumah akibat banjir di Kampung Padang Kambing, Alor Gajah di sini petang tadi.

Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.28 petang sebelum sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

"Setibanya di tempat kejadian, pasukan penyelamat mendapati dua lelaki warga Bangladesh berusia kira-kira 20-an terperangkap di atas bumbung rumah di kampung berkenaan bagi menyelamatkan diri akibat banjir.

"Kedua-dua mangsa kemudian berjaya diselamatkan dan operasi berkenaan tamat pada 7.52 malam," katanya di sini malam ini.

Setakat 8 malam tadi, 248 mangsa daripada 14 kawasan terjejas banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) sejak petang tadi berikutan hujan lebat berterusan yang melanda pada sebelah pagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan