Lelaki warga asing maut jatuh dari tingkat tiga di tapak pembinaan

12/08/2024 07:13 PM

JOHOR BAHRU, 12 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di sebuah tapak pembinaan di Jalan Storey, Kim Teng Park di sini tengah malam tadi. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Ab Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa berusia 39 tahun itu pada 12.56 tengah malam. 

Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta tiga unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin digegaskan ke lokasi kejadian. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati benar terdapat seorang pekerja terjatuh dari tingkat tiga ke ruang bawah tanah lima ketika sedang melakukan kerja pembinaan. 

"Seterusnya, PKO bertindak mengeluarkan mangsa dari ruang pengudaraan di ruang bawah tanah enam dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.54 pagi tadi. 

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan