Bayi Maut Tercampak Dalam Tali Air : Polis Ambil Keterangan 11 Individu

12/08/2024 09:07 PM

KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Seramai 11 individu termasuk mangsa yang terselamat bersama ibu bapa masing-masing, telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata polis juga akan mengambil keterangan daripada pihak yang melakukan usaha menyelamat mangsa, pada malam tersebut.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu dan akan memanggil mana-mana saksi yang diperlukan.

“Siasatan akan dilaksanakan secara telus meliputi pelbagai aspek kerana sekiranya wujud unsur pengabaian, tindakan seterusnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan