DNA Mangsa Kebakaran Di Pagoh Diperoleh, Jenazah Dijangka Dikebumikan Esok

15/08/2024 07:24 PM

MUAR, 15 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan DNA yang diterima daripada Jabatan Kimia Johor hari ini telah mengesahkan mangsa tersebut ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya Ara Abd Hamid, 76.

“Keputusan DNA sudah diperoleh dan keluarga mangsa boleh menuntut kedua-dua jenazah untuk dikebumikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, anak mangsa insiden tersebut Mahat Mohamed Nor, 44, memaklumkan jenazah dijangka dikebumikan pada pagi Jumaat.

Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Redan, Pagoh yang merupakan lokasi arwah anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dikebumikan pada Sabtu minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan