Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

27/08/2024 05:57 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar pada badan ditemukan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan berkata berdasarkan dokumen yang ditemukan di tempat kejadian, mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 43 tahun, dikenali sebagai Udikalifan.

“Polis menerima laporan pada 11.45 pagi tadi mengenai penemuan mayat berkenaan oleh seorang wanita tempatan, di dalam semak selepas terowong pusingan U berhampiran KTM Serdang.

“Tiba di lokasi, didapati mayat dalam keadaan terbakar tetapi tidak rentung sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anbalagan berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis juga sedang mendapatkan pengesahan identiti mayat berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan