Dua Anggota Polis Cedera Tertimbus Ketika Lakukan Tugasan Musnah Bom

27/08/2024 11:50 PM

KLUANG, 27 Ogos (Bernama) -- Dua anggota polis dilaporkan cedera parah dipercayai  tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini kira-kira 3 petang tadi.

Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini untuk rawatan kecemasan.

Kedua-dua anggota yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

Mereka dipercayai mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan dan berada di zon merah hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor CP M Kumar ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan