BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 

Dua Anggota Polis Tertimbus Ketika Musnah Bom, Dalam Keadaan Stabil

28/08/2024 10:22 AM

KLUANG, 28 Ogos (Bernama) -- Dua anggota polis dari Unit Pemusnah Bom yang cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak di sini semalam, kini  berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kedua-dua anggota itu yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) telah dipindahkan ke wad biasa.

Beliau berkata Koperal Abdul Halim Zainal, 39, dilaporkan patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri, manakala Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, patah tulang peha dan tulang rusuk sebelah kiri.

Bahrin berkata dalam kejadian pada 2.20 petang itu, kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkenaan dalam penugasan memusnah bom lama jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang ditemui orang awam di lokasi kejadian.

“Namun, ketika kerja-kerja memusnah bom dijalankan, berlaku runtuhan tanah pada dinding lubang di lokasi sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tertimbus dan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja memusnah bom lama berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan