BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 

Dua Maut Kemalangan Lori, Treler Di Temerloh

28/08/2024 12:20 PM

KUANTAN, 28 Ogos (Bernama) -- Dua warga asing maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lori dan treler di Jalan Utama Bukit Damar, Lanchang, Temerloh, malam tadi.

Mangsa iaitu seorang warga Pakistan dan Bangladesh, masing-masing berusia 35 dan 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 9.26 malam apabila sebuah lori yang dinaiki empat lelaki dari arah Raub menghala ke Kuantan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Sebuah treler yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian hadapan lori sebelum kedua-dua kenderaan terbabas masuk ke dalam gaung di sebelah kanan jalan sejauh 20 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pemandu lori dan seorang lagi penumpang warga Bangladesh serta pemandu treler berusia antara 28 hingga 38 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan