BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 

Lelaki Baru Keluar Penjara Didakwa Edar 2,850 Gram Kanabis

28/08/2024 12:37 PM

KANGAR, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki yang baru sahaja keluar penjara Februari lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar kanabis di Padang Besar pada 18 Ogos lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan Yusfazli Yusof, 32, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan itu, Yusfazli yang tidak bekerja dituduh mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 2,850 gram di hadapan sebuah kedai wakil insurans, Jalan Padang Besar di Padang Besar pada 12.05 tengah hari, 18 Ogos.

Lelaki itu yang sebelum ini menjalani hukuman penjara tiga tahun berkaitan kes dadah, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sehingga mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.

Yusfazli tidak dibenarkan diikat jamin kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 5 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis ASP Mohd Musa Ujang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan