Remaja Hilang Selepas Keluar Rumah Di Petaling Jaya

28/08/2024 09:18 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu, G. Narashinmasegaran pada 2 petang semalam. 

“Dia dilihat kali terakhir di rumahnya kira-kira 11.30 pagi dan berpakaian baju berwarna putih dengan corak belang di bahagian belakang, berseluar jean biru dan berkemungkinan membawa beg galas berwarna merah. 

“Remaja berketinggian 160 sentimeter dengan berat 65 kilogram, berbadan kurus dan berambut hitam itu turut memakai jam tangan berwarna merah," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan