BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 

Edar Dadah: Nelayan Terlepas Hukuman Gantung

29/08/2024 03:36 PM

SEREMBAN, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang nelayan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskan lelaki itu tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar 15,854 gram methamphetamine tiga tahun lepas. 

Hakim Datuk Rohaini Ismail mengarahkan Seow Sun Fong, 43, dibebaskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

“Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan prima facie sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 180 (2) Kanun Tatacara Jenayah … justeru, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk pembelaan,” katanya.

 Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nisa Hazwani Omar manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Seow dituduh mengedar dadah di tempat letak kereta di sebuah hotel di Port Dickson pada 1 Mac 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan