BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 

Kerani Syarikat Guaman Didakwa Tipu Urusan Pajakan Tanah

29/08/2024 05:15 PM

IPOH, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu urusan pajakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Perak, dua tahun lepas.

Pengakuan Gabriel Yoshua, 66, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kecacatan kaki direkodkan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Dia didakwa menipu K. Suppan sehingga mendorongnya menyerahkan bayaran dalam bentuk dua cek berjumlah RM110,417.25 dan RM220,834.50 dengan menawarkan pajakan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman di Greentown Square, Jalan Datuk Seri Ahmad Said di sini pada 10 pagi, 14 April 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebatan serta denda. 

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Okt bagi sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala peguam Nahtan Krishnan mewakili tertuduh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan