Pelajar Tingkatan Dua Dilaporkan Hilang Ditemukan Selamat

29/08/2024 08:23 PM

SEREMBAN, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan hilang dari sebuah sekolah di Sikamat sejak tengah hari semalam telah dijumpai di kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pelajar dikenali sebagai Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat pada hari yang sama.

"Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sebelum dijumpai oleh ahli keluarga terdekat di kedai gunting rambut kawasan Senawang. 

"Pelajar itu bersama keluarganya dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakam percakapan. Terima kasih atas kerjasama orang awam dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan pelajar itu telah melarikan diri dari sebuah sekolah dengan berpakaian sukan sekolah.

Pihak sekolah telah cuba mencari di kawasan sekolah serta asrama tetapi gagal dijumpai dan punca pelajar berkenaan melarikan diri masih dalam siasatan.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan