Warga Emas Rugi RM50,000 Terpedaya Penipuan Bantuan Kebajikan

29/08/2024 11:03 PM

KAPIT, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang warga emas mengalami kerugian barang kemas dan wang berjumlah RM50,000 selepas terpedaya dengan penipuan tawaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata mangsa berusia lingkungan 70-an didatangi dua lelaki menawarkan bantuan kebajikan kononnya daripada JKM.

“Bagaimanapun bagi mendapatkan bantuan itu, mangsa diminta mengeluarkan wang dari akaunnya di sebuah bank dan menyerahkan barang kemas bagi memudahkan kelulusan permohonan dengan kesemua itu akan dikembalikan setelah permohonan diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang kemudian menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kapit, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan