Polis Kesan Ahli Bersekutu Sebuah Pertubuhan Guna Datuk Palsu

30/08/2024 06:21 PM

KUANTAN, 30 Ogos (Bernama) -- Polis sedang berusaha mengesan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh pertubuhan itu berkenaan seorang ahli bersekutunya menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

“Beberapa dokumen telah dirampas dan polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan dan menangkap suspek. 

“Suspek boleh dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan