Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

31/08/2024 08:06 AM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 9.33 malam itu, lelaki tempatan berusia 36 tahun terbabit ditembak mati selepas enggan memberhentikan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan kepada polis.

“Suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan