Lelaki Hilang Selepas Lori Terhumban Ke Dalam Laut Ditemukan Lemas

01/09/2024 08:40 PM

SHAH ALAM, 1 Sept (Bernama) -- Lelaki yang dilaporkan hilang selepas sebuah lori terhumban ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, Klang dekat sini, tengah hari tadi ditemukan lemas petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter.

“Mohd Hafiz bekerja sebagai ‘terminal tractor operator’ sejak 21 Dis 2021. Mayatnya dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata saksi kejadian memaklumkan melihat sebuah lori sedang diparkir sebelum ia bergerak dalam keadaan laju lalu melanggar batu penghadang dan jatuh ke dalam laut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan