Dua Lelaki Cedera Dilibas Parang Dalam Kejadian Samun Di Tumpat

03/09/2024 04:12 PM

KOTA BHARU, 3 Sept (Bernama) -- Dua beradik lelaki warga Pakistan cedera dilibas dengan parang dalam satu cubaan samun dekat Kampung Periok, Chabang Empat di Tumpat hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 26 dan 33 tahun itu sedang menjaga kedai mereka, sebelum dua lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan parang menyerbu kedai tersebut.

"Mangsa bertindak melawan kedua-dua suspek sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada tangan akibat dilibas senjata itu.

"Salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kiri, manakala seorang lagi cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan kamera litar tertutup ditempat kejadian mendapati suspek mengunakan kenderaan jenis Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran BKJ 897.

Pihak polis sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan