YTL Power Sahkan SPRM Minta Maklumat Projek 1Bestarinet

05/09/2024 01:34 AM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- YTL Power International Bhd (YTL Power) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta maklumat mengenai Projek 1Bestarinet daripada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms).

"YTL Comms memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung perkara ini dan percaya ia akan diselesaikan sebaiknya,” menurut YTL Power dalam kenyataan hari ini.

Projek 1Bestarinet dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan menerusi tender terbuka melibatkan 19 syarikat yang menawarkan tender untuk projek itu.

YTL Comms dipilih kerana syarikat itu merupakan pembida paling patuh secara teknikal dan paling kos efektif.

Projek tersebut telah disahkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai berjaya disiapkan pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan