Peniaga Sayur Ditahan Toreh Leher Seorang Lelaki Kerana Isu Parkir

05/09/2024 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek lelaki yang bekerja di Pasar Borong Selayang berumur 28 tahun itu ditahan di tempat kejadian pada 6.45 petang.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan polis sedang memohon perintah reman terhadap suspek,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.

Butiran lanjut mengenai kes terbabit akan dikongsikan dalam sidang media yang dijadualkan petang ini.

Terdahulu, tular beberapa klip video memaparkan pergelutan dan pergaduhan melibatkan dua individu terbabit sambil dileraikan oleh orang awam yang dipercayai berhubung isu parkir berlapis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan