Polis Negeri Sembilan Lupus Dadah Bernilai Lebih Setengah Juta

05/09/2024 07:56 PM

SEREMBAN, 5 Sept  (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM543,136.24 yang dirampas di seluruh negeri itu dari 2012 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata ia melibatkan rampasan dadah yang telah selesai perbicaraan mahkamah dan masih disimpan dalam setor barang kes narkotik meliputi 1,561 kertas siasatan.

“Jenis dadah yang dilupuskan ialah heroin, ganja, methampethamine, ketamin, erimin 5, pil ecstasy, yaba, nimetazepam, daun ketum, pokok ganja, cecair vape atau ketamin, kodein dan air ketum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 5,696 individu ditahan atas kesalahan berkaitan dadah membabitkan 671  pengedar dadah, pemilikan dadah (1,474) dan penagih dadah (3,551) bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas dengan nilai sitaan dianggarkan bernilai RM4.4 juta.

Muhammad Idzam berkata pihaknya sentiasa komited membanteras penyelahangunaan dadah habis-habisan termasuk melumpuhkan ekonomi pengedar dadah dengan menyita semua aset barangan yang dimiliki oleh mereka.

Beliau  meminta kerjasama semua masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dan pengedaran dadah di negeri itu selain sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling dalam mencegah dan membanteras aktiviti dadah berbahaya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan