Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki Tempatan Hilang

05/09/2024 11:21 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata polis menerima laporan kehilangan Nohasman Abu Noh, 37, pada 10.30 pagi, 25 Julai di Balai Polis Tun H.S.Lee.

“Nohasman berketinggian 167 sentimeter, kali terakhir dilihat oleh ibunya di hadapan pusat beli-belah Kenanga Mall pada Januari lepas,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sulizmie Affendy berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Balai Polis Tun H.S.Lee di talian 03-92212222 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan