BERITA TERGEMPAR   Paris route represents Malaysia Airlines’ 68th destination and will be served by A350-900 aircraft - Capt Izham | 

Mayat Lelaki Warga Asing Ditemukan Dalam Kereta, Tiada Unsur Jenayah - Polis

06/09/2024 10:58 AM

BUTTERWORTH, 6 Sept (Bernama) -- Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta di tapak letak kenderaan terpakai di Bagan Ajam di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini semalam mengesahkan punca kematian adalah akibat "Ligature Strangulation" atau jerutan pada leher.

Dalam kenyataan kepada media malam tadi, beliau berkata mayat pemuda itu ditemukan pada pukul 2 petang dalam keadaan terbaring dengan leher serta badannya terjerut oleh tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kereta.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pemuda itu didapati baru datang ke sini dari Kuala Lumpur, dan bekerja di sebuah kedai cuci kereta, tiga hari sebelum ditemukan meninggal dunia.

Anuar berkata polis masih meneruskan siasatan yang diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan