652 Warga Filipina Dihantar Pulang Semalam

06/09/2024 04:16 PM

KOTA KINABALU, 6 Sept (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 652 pendatang tanpa izin ke negara asalnya di Filipina, semalam.

Pengarahnya Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata kesemua mereka dihantar pulang melalui  Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina dalam program pemindahan JIM Sabah.

Beliau berkata purata umur tahanan terlibat dalam pemindahan kali ini antara dua bulan hingga 76 tahun.

“Kanak-kanak terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pendatang asing yang dipindahkan itu telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, kekerapan program pemindahan tahanan warga Filipina adalah tertakluk kepada kerjasama kedutaan negara itu dalam mempercepatkan proses dokumentasi dan seterusnya penghantaran pulang mereka ke negara asal.

SH Sitti Saleha berkata JIM Sabah terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan pendatang tanpa izin selaras dengan dasar serta perundangan yang berkuat kuasa dalam membendung isu berkenaan di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 3,118 tahanan warga Filipina telah dipindahkan setakat  ini melibatkan pengangkutan laut dan udara, menjadikan keseluruhan 4,809 warga asing telah dihantar pulang.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan