Lelaki Parah Ditetak Dipercayai Akibat Cemburu

07/09/2024 01:01 PM

IPOH, 7 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan parah selepas ditetak dengan parang dalam satu kejadian di Taiping pada Rabu lepas dipercayai akibat cemburu. 

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Taiping bagi menerima rawatan.  

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 7.20 malam oleh seorang pengadu yang juga isteri kepada suspek. 

"Hasil siasatan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berjaya menahan suspek berusia 25 tahun dalam masa kurang 24 jam. 

"Motif serangan dipercayai akibat cemburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mohamad Nasir berkata polis meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke IPD Taiping atau balai polis berdekatan. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan