APMM Tahan Lima Individu Bersama 200 Kg Bom Ikan Di Pulau Tiga

07/09/2024 09:15 PM

LABUAN, 7 Sept (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan lima individu termasuk empat pendatang tanpa izin selepas disyaki memiliki 200 kilogram (kg) bom ikan di kedudukan kira-kira 5.2 batu nautika dari Pulau Tiga di sini semalam

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Izwanhadi Idros berkata penahanan dilakukan oleh bot peronda APMM yang sedang dalam rondaan rutin Op Sejahtera dan Op Tiris di perairan sekitar Labuan dan Pulau Tiga.

Beliau berkata pasukan peronda mengesan suspek dalam bot yang membawa bahan letupan tersebut yang biasanya digunakan dalam aktiviti mengebom ikan.

“Kelima-lima individu berusia antara 18 dan 55 tahun itu, kini disiasat kerana melanggar Akta Perikanan1985 dan Akta Imigresen 1956/1963.

“Bot bernilai kira-kira RM70,000 dirampas bersama bom ikan tersebut yang dianggarkan bernilai RM1,000,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Izwanhadi berkata pihaknya komited dalam membanteras kegiatan penangkapan ikan secara haram kerana aktiviti seperti mengebom ikan bukan sahaja memusnahkan ekosistem marin tetapi juga mengancam mata pencarian nelayan tempatan 

Beliau berkata operasi berterusan APMM di kawasan berkenaan bertujuan mencegah aktiviti berbahaya tersebut selain bagi melindungi perairan negara. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan