Polis Mohon Bantuan Kesan Mohammed Ahil

07/09/2024 05:24 PM

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.

“Polis menerima laporan berkaitan kehilangan Mohammed Ahil pada 8.20 malam tadi dan kanak-kanak  itu kali terakhir dilihat memakai baju berwarna merah, berseluar panjang berwarna hitam dan sandal berwarna putih atau biru.

“Mohammed Ahil berketinggian 100 hingga 110 sentimeter, berat badan 30 hingga 32 kilogram, tidak memakai cermin mata dan berkulit gelap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Insp Muhamad Adib Muhamad Helmi menerusi talian 03-6064 1222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Polis Hulu Selangor 03-6064 1223.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan