Remaja Lelaki Lemas Di Kuala Krai

07/09/2024 06:28 PM

KOTA BHARU, 7 Sept (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Razani Mamat berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1.16 tengah hari.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi pada 1.59 tengah hari, mangsa iaitu Mohamad Azri Aiman Rosli didapati tidak sedarkan diri dan telah dibawa naik ke daratan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Pasukan operasi turut memberi bantuan penafasan sebelum remaja itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan. 

Mayat dibawa keluar menggunakan pengusung melalui jalan berbatu kira-kira dua kilometer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan