Limpahan Air Deras Dari Kawasan Pergunungan Jejas Empat Kampung Di Yan

07/09/2024 07:22 PM

ALOR SETAR, 7 Sept (Bernama) -- Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan limpahan air deras dari kawasan pergunungan di kawasan rekreasi Titi Hayun dan Seri Perigi di Yan hari ini dan mengakibatkan beberapa kampung dilanda banjir kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata limpahan air dari kawasan pergunungan itu mengakibatkan arus deras di sungai serta empat kampung berhampiran di kawasan itu dilimpahi air sungai.

Beliau berkata kampung yang terjejas ialah Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Raga, Kampung Ruat dan Kampung Titi Bakong.

“Pihak bomba menerima panggilan pada 2.30 petang dan pasukan bomba dari BBP Yan telah membuat pemantauan di kawasan Sungai Raga, Kampung Ruat di Pekan Yan.

"Anggota bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Bomba Komuniti ditempatkan di kawasan berisiko berlaku banjir dan pemantauan berkala dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Norhamidi berkata tiada penduduk yang dipindahkan dan paras air dalam trend menurun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan