KPDN Perlis Tahan Lelaki Disyaki Seleweng Petrol

08/09/2024 01:05 PM

KANGAR, 8 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menahan seorang lelaki serta merampas 81 liter minyak petrol bersubsidi bernilai RM5,666.05 yang dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Padang Besar pada Jumaat.

Pengarah KPDN Perlis Hasbullah Abd Rashid berkata lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan anggota penguat kuasa semasa dia sedang mengisi minyak kereta di stesen berkenaan pada 9.27 malam.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati kereta lelaki itu mempunyai dua unit tangki tambahan yang diubah suai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua unit tangki tambahan itu berada pada bahagian tempat duduk belakang dan bonet belakang (ruang simpan barang) kereta berkenaan.

Beliau berkata kereta bernombor pendaftaran Malaysia itu disita dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (Akta 122). 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan