Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemukan Di Belakang Rumah

08/09/2024 10:07 PM

MACHANG, 8 Sept (Bernama) -- Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata Balai Polis Temangan menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 68 tahun berkaitan penemuan bayi masih bertali pusat itu kira-kira 10.45 pagi tadi.

"Suspek disyaki merupakan anak angkat kepada pengadu dan didapati baring seharian di atas katil semalam dengan alasan darah haidnya keluar banyak serta dalam kesakitan.

"Suspek bagaimanapun telah mengaku kepada pengadu bahawa bayi itu adalah anak yang baru dilahirkannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes selesai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan