TDM Tahan Dua Lelaki Cuba Seludup Barangan Runcit Di Sempadan

09/09/2024 06:34 PM

KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) -- Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan dua lelaki dipercayai cuba menyeludup masuk barangan runcit di sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan penahanan pada 6 petang di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia itu dilakukan selepas pasukan operasi mengesan dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun sedang memuatkan barangan runcit ke sebuah lori jenis Isuzu seberat tiga tan yang diparkir berdekatan dengan Sungai Golok di sempadan sebelah Malaysia.

"Didapati kesemua barangan runcit itu dibawa masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah merentasi Sungai Golok dari sebelah Thailand.

"Barangan itu membabitkan 31 kotak serbuk kopi, tujuh kotak asam jawa, dua kotak rumpai laut, 10 kotak kacang gajus dan 39 kotak set pinggan jenama Royal Procelain dengan keseluruhan rampasan termasuk lori dianggar RM178,434.40," menurut kenyataan itu hari ini.

Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Lubok Stol, Pasir Mas dan kesemua barang rampasan diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan