Bom Lama Jenis Mortar Dimusnahkan Di Tampin

09/09/2024 08:08 PM

SEREMBAN, 9 Sept (Bernama) -- Polis menjalankan tindakan pemusnahan sebutir bom lama atau unexploded ordnance (UXO) jenis mortar yang ditemui orang awam di kebun kelapa sawit di Jalan Batu Belang, Tampin pada 11.51 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pemusnahan bom tersebut dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Unit Pemusnah Bom IPD Tampin selepas menerima laporan penemuan bom berkenaan pada 8.42 pagi tadi.

"Sepasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati objek tersebut adalah bom jenis mortar lalu memasang tali rintangan polis sebagai kawasan larangan.

“Siasatan awal mendapati UXO itu adalah daripada jenis mortar 81mm dengan panjang berukuran 36 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kerja memusnahkan bom itu dilakukan tanpa sebarang kecederaan dan kerosakan harta benda di kawasan tersebut.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan