APMM Terengganu Tahan Bot Tempatan Guna Kru Asing Tanpa Kebenaran

10/09/2024 02:14 PM

KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah kapal nelayan tempatan bersama lima awak-awak termasuk tekong kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran semalam.

Pengarah Maritim Kemaman Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata kapal terbabit ditahan pada 10.11 pagi menerusi rondaan Op Iman, kira-kira 11 batu nautika dari perairan Kemaman.

Beliau berkata hasil operasi, pihaknya merampas kira-kira 1,200 kilogram hasil laut, minyak diesel sebanyak 4,000 liter dan peralatan menangkap ikan dengan nilai keseluruhan RM10,000.

"Pemeriksaan mendapati ada empat awak-awak (kru) asing warga Vietnam berumur antara 39 hingga 54 tahun yang bekerja tanpa surat kebenaran sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Bot dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat maritim untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan