Bayi Lelaki 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Di Pusat Jagaan Berpantang

10/09/2024 11:04 PM

KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian hingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 8.24 pagi semalam.

"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 5.30 pagi di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu.

"Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata berikutan itu suspek iaitu jururawat berusia lingkungan 20-an dan masih bujang ditahan pada 6 petang tadi.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman esok.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. 

--BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan