Bekas Pembantu Penyelidik Ahli Politik Dijangka Didakwa Esok

11/09/2024 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Polis menahan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik selepas menemukan dua pucuk pistol dipercayai tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, di dalam kenderaan dinaiki suspek di Jalan Bukit Kiara, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama enam hari bermula Sabtu lepas dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan