39 Bas Disaman Kerana Tiada Pemandu Kedua

14/09/2024 10:49 PM

BUKIT MERTAJAM, 14 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 39 bas ekspres dan bas persiaran yang didapati tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan, dalam operasi khas awal hari ini.

Dalam kenyataan di Facebook JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung selama tujuh jam dan tamat pada 6 pagi di Plaza Tol Juru di sini.

"Operasi khas itu dijalankan terhadap kenderaan pelancongan dan kenderaan perkhidmatan awam iaitu bas persiaran dan bas ekspres dengan 39 buah bas telah dikenakan saman.

"Sebanyak 219 saman turut dikeluarkan membabitkan kesalahan lain antaranya tiada Lesen Perubahan Sementara (LPS), tiada lesen memandu, tiada lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), tidak kemas kini buku log pemandu dan gagal selenggara kenderaan dengan baik," menurut hantaran itu malam ini.

Pemandu dan pengusaha kenderaan perkhidmatan awam dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan