PGA9 Gagalkan Cubaan Seludup 150,000 Rokok

15/09/2024 10:33 AM

KOTA BHARU, 15 Sept (Bernama) -- Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok melibatkan rampasan bernilai RM180,000 di Kampung Panji di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira 4 pagi.

“Pasukan operasi PGA9 kemudiannya mengekori kenderaan tersebut namun suspek yang menyedari telah memecut laju sebelum memberhentikan kenderaan di tepi jalan di Kampung Panji dan melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan terhadap van jenis Naza menemukan kotak-kotak besar mengandungi 150,000 batang rokok putih tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan