Lelaki Lemas Ketika Menjala Ikan

16/09/2024 01:27 PM

IPOH, 16 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh dari bot semasa menjala ikan di Sungai Lumut Kanan berhampiran Jeti Titi Panjang, Seri Manjung di Lumut, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat pada 12.18 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dengan bantuan BBP Pulau Pangkor dan Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 100 meter dari lokasi dipercayai terjatuh kira-kira 10.20 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 11 pagi tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan