KOTA BHARU, 25 Sept (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 343,400 batang rokok pelbagai jenama dianggar bernilai RM207,121.82 termasuk cukai di Kampung Pak Mentosa, Besut, Terengganu, Khamis lepas.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor, pihaknya menemukan 268,400 batang rokok pelbagai jenis manakala 75,000 batang rokok lagi dijumpai di dalam dua kereta yang diparkir berhampiran rumah berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati modus operandi adalah membawa masuk rokok itu dari negara jiran melalui sungai menggunakan bot sebelum memunggah ke dalam kereta untuk diedar ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial