Polis Tahan Dua Warga Myanmar Dipercayai Terlibat Kes Pecah Rumah Di Ampang

26/09/2024 10:15 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Bukit Indah, Ampang, Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek berusia 31 dan 21 tahun itu ditahan di tepi Jalan Taman Perindustrian Pandan Indah dan Jalan Wawasan.

“Hasil siasatan mendapati suspek pertama tiada rekod jenayah namun positif dadah jenis Methamphetamine manakala suspek kedua mempunyai dua rekod kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada 18 Sept lepas, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam mendapati rumahnya berselerak pada kira-kira 2.10 pagi selepas meninggalkanya dalam keadaan berkunci pada malam sebelumnya. 

Antara barang yang dipercayai dilarikan adalah jam tangan, telefon bimbit, kamera, komputer riba, barangan kemas dan wang tunai dengan anggaran kerugian RM10,000.  

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam setelah permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Mahkamah Ampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan