91 Warga Asing Ditahan Di Kilang Kitar Semula Besi Di Kuantan

27/09/2024 11:22 PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Sebanyak 91 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula bahan besi di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang pada Rabu lepas.

Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata mereka yang ditahan pada 12 tengah hari itu terdiri daripada 48 warga China, Pakistan (21), Bangladesh (19), Myanmar (dua) dan Indonesia (satu), berusia lingkungan 21 hingga 60 tahun.

Beliau berkata kesemua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Depot Imigresen Kemayan, Pahang untuk siasatan lanjut.

“Sebanyak tujuh notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan dikeluarkan kepada warga tempatan yang berada di lokasi sewaktu operasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Zakaria berkata operasi itu dilaksanakan bagi mengesan mangsa pemerdagangan orang iaitu buruh atau perkhidmatan paksa dalam kalangan golongan rentan berpandukan Garis Panduan Nasional mengenai Penunjuk Pemerdagangan Orang (NGHTI) 2.0.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan