Anggota Polis Peras Ugut Pekebun Ditahan

01/10/2024 12:07 PM

IPOH, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes memeras ugut seorang pekebun sawit di Langkap, Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata lelaki berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah balai polis di Bagan Datuk itu ditahan di Hutan Melintang pada 7 malam.

Beliau berkata suspek telah meminta mangsa yang berusia 37 tahun RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau pada 26 Sept lepas.

"Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis tersebut pada Ahad lepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Azizi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan