BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 

Polis Berkas Dua Suspek Samun Berparang

10/10/2024 07:38 PM

SHAH ALAM, 10 Okt (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki di sekitar Sungai Sedu, Banting semalam, yang disyaki terlibat dengan kejadian samun di sebuah rumah di Banting dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi Selasa seorang wanita berdepan detik cemas apabila apabila rumahnya dimasuki dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Beliau berkata suspek mengikat tangan wanita itu sebelum melarikan pelbagai barang berharga dan wang tunai dari rumah berkenaan. 

"Kedua-dua suspek berumur 30 dan 21 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Langat bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada pukul 8.15 malam tadi.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 11 dan tujuh rekod jenayah lampau dengan seorang daripadanya yang mempunyai dua rekod kesalahan dadah, berstatus dikehendaki polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata polis turut merampas dua bentuk cincin emas serta peralatan yang digunakan untuk memecah rumah daripada suspek, dan kedua-dua mereka kini direman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan