Polis Tahan 323 Individu Dalam Ops Hawk Tiga Hari Di Pahang

10/10/2024 09:10 PM

KUANTAN, 10 Okt (Bernama) -- Polis menahan 323 individu termasuk 16 wanita atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Hawk selama tiga hari di Pahang sejak 7 Okt lepas, kata Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 18 hingga 66 tahun itu ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Sebanyak 140 serbuan dengan 265 pemeriksaan dilaksanakan dalam operasi itu dan daripada 323 yang ditahan, 43 membabitkan kesalahan pengedaran dadah, 83 memiliki dan 197 lagi berkaitan ujian saringan urin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JSJN turut memberkas 20 individu yang berpotensi dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Yahaya berkata operasi turut menyaksikan syabu 12,344.52 gram (g), kokain 1301.09g, heroin 108.97g, ganja 124.84g, pil yaba 195 biji, erimin 5 1.01g, daun ketum 5 kilogram dan air ketum 103.65 liter semuanya dianggar bernilai RM691,708 dirampas, selain sebuah kereta dan motosikal bernilai RM14,000 disita. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan