GISBH: PDRM Siasat Dakwaan Unsur Jihad Militan Diterap Pada Kanak-kanak Diselamatkan

13/10/2024 02:33 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan terdapat sebarang elemen jihad militan yang cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikendalikan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya kini sedang menyiasat dakwaan bahawa kanak-kanak berkenaan ditayangkan video berunsur militan ketika mereka berada di rumah amal berkenaan.

“Siasatan kini menjurus ke arah itu (penayangan video militan) walaupun sepanjang siasatan dan sidang media, saya tidak menyentuh isu berkenaan.

 “Tetapi kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang mereka berada di rumah amal terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah ketika berucap di Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz ke-21 di Klang berkata fahaman jihad militan dipercayai diserapkan ke dalam diri kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal berkenaan.

Beliau berkata penerapan eleman itu dilakukan melalui tayangan video ketika masa lapang kanak-kanak berkenaan.

Menurut Mohammad Fahmi, maklumat  itu diperoleh daripada pihak PDRM.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan