Penghantar Kelapa Ditahan Polis, Cuba Seludup Buah Bernilai Lebih RM200,000 Ke Thailand

15/10/2024 04:22 PM

KOTA BHARU, 15 Okt (Bernama) -- Polis menggagalkan cubaan menyeludup 41,000 kilogram buah kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 di Kampung Bunohan, Tumpat, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pada kejadian 9.50 pagi itu, pihaknya yang sedang melaksanakan op taring wawasan Kelantan telah menahan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah treler mendapati, ada timbunan buah kelapa tanpa dokumen yang sah ditemukan di belakang kenderaan itu.

“Seorang lelaki berumur 37 tahun turut ditahan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup buah kelapa itu ke negara jiran, dan kes disiasat di bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Ros Azhan berkata suspek dan kesemua barang rampasan telah diserahkan ke Komtak Pangkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan