Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Kolam Takungan

16/10/2024 09:48 PM

SEREMBAN, 16 Okt (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam dalam kolam takungan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 240.8 di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia dan badannya telah membengkak.

“Seramai tujuh anggota membantu mengeluarkan mayat lelaki itu dari lokasi kejadian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hatta berkata bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala dan tiada unsur jenayah ditemukan pada badan mangsa yang mungkin telah terjatuh.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Senawang Subinspektor (SI) Roslan Osman yang juga pegawai penyiasat di talian 06-679 2222.

Sementara itu, Mohamad Hatta berkata polis menahan seorang lelaki tempatan dan empat wanita Thailand dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Taman Cattleya, Senawang petang semalam. 

"Siasatan awal mendapati wanita warga Thailand berkenaan disyaki bekerja sebagai tukang urut dan tidak mempunyai permit kerja sah,” katanya sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963. 

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan