Op Bersepadu Khazanah: Enam Pemburu Haram Ditahan

12/11/2024 11:21 AM

KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama) -- Enam lelaki ditahan disyaki pemburu haram di Ladang Pongsoi Mukim Semantan, Lanchang, Pahang, Ahad lepas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata kesemua yang berusia lingkungan 35 hingga 61 tahun itu ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah, pada 11.30 malam ketika berada di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan selaras senapang patah jenis Remington 870 Express Magnum beserta 81 butir peluru hidup dan beberapa peralatan lain tanpa dokumen pemilikan sah.

“Senapang dan peralatan memburu ini dianggar bernilai RM10,810 dan disyaki digunakan untuk pemburuan haram di sekitar kawasan Hutan Simpan Kemasul, Temerloh. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Roz Azhan berkata PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan pemburuan haram daripada terus berleluasa di dalam negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan