SEPANG, 29 Nov (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyekat cubaan seorang individu warga Indonesia untuk membawa keluar tiga ekor burung merbok tanpa permit eksport yang sah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, pada 17 Nov lepas.
Perbuatan itu dikesan pada 6 pagi semasa pemeriksaan rutin ke atas seorang individu di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 dilaksanakan.
"Hasil pemeriksaan mendapati tiga burung merbok tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit eksport MAQIS mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," menurut MAQIS dalam kenyataan hari ini.
Mengeksport sebarang keluaran pertanian tanpa permit eksport MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta 728 yang boleh dihukum di bawah Seksyen11(3) akta sama.
Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya sekali.
MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang keluar dari dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan.
-- BERNAMA=
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial